|
| Tajuk : Rasta Beach Freeze |
|
Post By :
Tarikh : 23 Dec 2008 |
~Rasta Beach Freeze~
Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang
______________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 30 Jan hingga 01 Feb 2008
(RM 160.00 seorang)
___________________________________________________________________________________________________________________________________
Bayaran termasuk:
Pengangkutan : Keretapi (KL-Butterworth-KL)
Feri (Butterworth-Penang-Butterworth
Bas (Jeti Penang-Telok Bahang-Jeti Penang)
Bot (jeti Telok Bahang-Pantai Kerachut)
Makan/Minum : 2x Sarapan Pagi / 3x Makan Tengahari /
2x Makan Malam / 2x Supper / 1x BBQ
Insuran (Takaful Travel Insurance)
Umpan Memancing
Aktiviti Sampingan : Lawatan ke Pusat Perlindungan Penyu
___________________________________________________________________________________
Untuk Pertanyaan & penyertaan; sila hubungi:
DOC` : 017-205 3234 / 013-690 4646
Pedro : 012-361 9223
Miss Amy : 019-339 8192
___________________________________________________________________________________
"JANGAN LUPA BAWA SET JORAN;
IKAN BANYAK KAT SINI"
|
| |
|
|
|
| |
|
|
23 Dec 2008 2:32 am |
UNTUK PROGRAM RASTA BEACH FREEZE-PANTAI KERACHUT, TAMAN NEGARA PULAU PINANG...
TARIKH TUTUP ADALAH PADA : 26 JANUARI 2009
GROUP PROGRAM AKAN BERGERAK PADA 29 JANUARI 2009. TEMPAT BERKUMPUL ADALAH DI PINTU HADAPAN (Dekat ngan tempat tunggu teksi`budget`)KUALA LUMPUR SENTRAL (KL Sentral)..
SILA HADIRKAN DIRI DI TEMPAT BERKUMPUL SEBELUM PUKUL 06.45 PM.. |
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
23 Dec 2008 9:30 am |
ader tak ape2 url atau info pasal tempat ni..?? teringin nak tgk gamba.. fuhh pusat perlindungan penyu tu yg tak tahan tu~ |
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
23 Dec 2008 12:07 pm |
best-best.. namun begitu tk dapat nk join, sbb ada bnyak majlis nk kena pegi.. |
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
23 Dec 2008 2:40 pm |
owh dah dapat skit info tempat agak werrllldd~ |
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
23 Dec 2008 2:40 pm |
owh dah dapat skit info tempat agak werrllldd~ |
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
23 Dec 2008 4:36 pm |
Doc,thanks 4 calling me.Klu dok tak pasan...Cam best nih.Ok ke Dal...wohoooooooo.... |
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
23 Dec 2008 9:48 pm |
kepada warga excobar...
INFO : Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang
Pantai kerachut ini terletak di Taman Negara Pulau Pinang.. Berada di sebelah Barat Daya Pulau Pinang. Di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang terletaknya Taman Negara Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara. Walaupun sesetengah kawasan telah di balak sehingga tahun 1970 an tetapi sebahagian besar masih lagi terpelihara.
Sebagai Taman Negara metropolitan, ia berpotensi untuk disenaraikan sebagai warisan dunia. Banyak spesies flora dan fauna termasuk yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini. Untuk sampai ke sini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar.
Laluan dan kemudahan yang dirancang dengan baik akan memperkukuhkan lagi potensi taman ini sebagai destinasi eko-pelancongan. Di sini tidak ada jalan hanya rentis, laluan berkayu, dan laluan untuk berjalan kaki.
Taman Negara Pulau Pinang memberikan mesej tentang pembangunan lestari. Rumah api Muka Head masih lagi dijadikan panduan untuk kapal-kapal berlabuh, dalam kata lain Taman Negara Pulau Pinang adalah harapan terhadap warisan semulajadi.
Andai anda semua terdengar info2... Tempat ini mcm "keras" sebenarnya TIDAK SAMA SEKALI. Selama 12 kali camping & fishing di sini, belum pernah berlaku apa yang tidak di ingini.
Cuma nasihat saya; kemana sahaja kita pergi berkhemah atau buat apa sahaja program rekreasi.. Kita seharusnya "MENJAGA TUTUR KATA DAN PERLAKUAN".. Itu sahaja; Insyallah "mereka" akan menerima kedatangan kita dengan ikhlas.
Wassalam. |
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
23 Dec 2008 11:22 pm |
Lagi Info Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang...
Taman Negara Pulau Pinang merupakan tuan rumah kepada beberapa jenis habitat yang tidak didapati di pusat pemeliharaan utama lain di Malaysia. Antaranya ialah hutan hujan tropika, tanah lembap, paya bakau, dataran lumpur dan pantai. Taman ini juga bermegah dengan tasik meromiktik yang jarang ditemui dengan keluasan satu kilometer persegi.
Taman tersebut mengandungi 150 spesies burung, termasuk pemangsa seperti helang laut white-bellied dan Brahminy kite. Pengunjung juga dapat melihat ketam memakan monyet Siambang, penyu Belimbing, ’ flying lemurs’, dan tupai terbang. Orkid, pakis dan palma adalah antara tumbhan yang paling banyak didapati.
Pusat pemeliharaan yang berbukit-bukau dan ditumbuhi tumbuhan hijau adalah penting sebagai kawasan tadahan, membekalkan pulau tersebut dengan air bersih. Satu pusat penyelidikan marin dan pantai ditubuhkan di Muka Head, dilengkapi dengan kemudahan.
Terdapat juga denai-denai sebagai tempat melakukan pemerhatian dan mengambil gambar burung, kura-kura dan hidupan liar lain di habitat asal mereka. Taman tersebut adalah sesuai untuk aktiviti meredah hutan, ditambah dengan pembinaan kawasan muka bumi yang tidak sekata, cerun mencabar dan bonjolan berbatu pada dataran tanah.
Pengunjung akan mempunyai peluang untuk melihat habitat berlainan dari yang berpasir dan kawasan pantai berbatu hingga ke dataran lumpur, paya bakau, tasik meromiktik dan hutan hujan tropika.
Keadaan habitat di dalam Taman Negara ini dapat menarik perhatian kedua-dua penyelidik dan pelawat biasa. Laluan kemasukan yang mudah memberikan cara hidup alternatif untuk menikmati alam semulajadi dengan selesa. Seseorang itu boleh berjalan di sepanjang rentis (laluan) untuk sampai ke mercu tanda utama.
Terdapat banyak tempat bagi memerhati dan menangkap gambar burung, penyu dan hidupan liar lain di dalam habitat semulajadi. Taman ini sesuai untuk merentas hutan. Pengunjung berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan hujan tropika.
Taman Negara ini terletak pada arah barat laut negeri Pulau Pinang dan ia menyerupai gambaran yang telah dirumuskan. Terdapat banyak denai yang disediakan di kawasan bukit pada ketinggian lebih 75 meter dimana mempunyai gradien yang melebihi 18 darjah.
Mencabar tetapi menarik, itulah yang dapat diungkapkan. Denai ini menawarkan kepada pengunjung ke Taman Negara Pulau Pinang satu peluang untuk menimba pengalaman dari pelbagai sudut yang terdapat di kawasan taman dan juga habitat termasuk kawasan hidupan liar.
Di sini terdapat lima denai utama dengan keunikan tersendiri yang dapat menarik perhatian pengunjung. Anak sungai yang mengalir dari kawasan granit ke kawasan laut dan seterusnya mengalir ke tasik meromiktik di Pantai Kerachut. Menghala ke timur pula adalah kawasan hutan yang berfungsi sebagai kawasan tadahan air untuk Empangan Teluk Bahang .
Irama flora dan fauna mengalu-alukan kedatangan pengunjung di sepanjang denai-denai. Kepelbagaian tanaman dari kawasan hutan pantai yang di dominasikan oleh tumbuhan dipterokarp ke tumbuhan komersial dan tumbuhan herba. Terdapat juga pakis, palma, periuk kera, tumbuhan meromiktik, tumbuhan menjalar, kulat dan kawasan paya bakau.
Selain dari ikan, serangga, mamalia dan penghuni burung, burung yang bermigrasi kerap kali ke kawasan paya bakau dan kawasan berlumpur.
Wassalam
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
24 Dec 2008 9:06 am |
macam best je. menarik nih.. |
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
24 Dec 2008 9:36 am |
marilah yey.. keranchut yaw~ |
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
30 Dec 2008 5:32 pm |
aku rase mcm mau follow la in trip.. |
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
30 Dec 2008 7:36 pm |
wira perkasa...
folow jangan tak follow...
budak2 excobar ada special price...
ajak kengkawan yang lain.. saya target ada 20-30 org pun dh cukup...
wassalam..
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
30 Dec 2008 7:46 pm |
ok insya`Allah..tgk bajet dulu mcmane.. |
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
31 Dec 2008 9:45 am |
mashukkkk~ |
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
31 Dec 2008 11:13 am |
kerachut... |
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
31 Dec 2008 11:27 am |
wei beach freeze la wai~ |
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
31 Dec 2008 11:29 am |
marilah yey... |
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
12 Jan 2009 4:43 pm |
Aku dah smpi tmpt ni..
mmg unik tmpt ni,ada hutan,ada paya,ada sungai dan ada pntai..
yg paling penting ada ikan byk dn jgk min saleh berbikini!
wow,mmg ketumbit ah mata nnt!!
hahahaha.. |
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
15 Jan 2009 2:14 pm |
owh keranchut |
| |
|
|
| |
|
|
|