Muka Depan Berita Bincang Galleri Calendar login / daftar
Sejarah

Matlamat

Perancangan

Sekapur sireh


Gambar aktiviti terbaru
*Bukak pose kat Times Square
*Excobar berbuka raya Vistana
*Sehari Di EXCOBAR ( Ver.Ramadhan 2009)
*paintball @ dusun ali king , gombak - 21 jun 2009
*Ulangtahun Ke-3 EXCOBAR
*Fishing Trip At Semenyih
*Majlis Pertunangan Lyn & Rashid
*Majlis Perkahwinan Cikgu Anis dan Isterinya
*Majlis Kawin Adik Black (Pimp My Ride To Kedah)
*Gambar-Gambar Gegar Raya 2008
Sejarah
 
SEJARAH ESCOBAR-EXCOBAR

Wangsa Maju, seksyen 1 berdekatan banggunan block D14, merupakan lokasi berkumpulnya sekelompok kecil golongan remaja yang punya , idiologi dan matlamat yang tinggi dalam merancangkan sesuatu perkara yang boleh membawa mereka kearah kejayaan sekaligus membuktikan bahawasanya mereka juga mampu untuk maju ke hadapan.

Hasil daripada pengalaman aktifnya mereka di dalam badan persatuan kepimpinan di institusi mahupun di luar, serta penglibatan diri dalam mengendalikan sesuatu program, membuahkan satu semangat dan keyakinan yang tinggi dalam usaha untuk mereka mula mengorak langkah ke arah matlamat mereka yang sebenar.

Tanggal 1 haribulan Jun 2006, kelompok kecil remaja tadi telahpun diberi nama dengan gelaran ESCOBAR (Estetik Corak Orang Baru).Hasil daripada bergeraknya ESCOBAR dengan aktiviti-aktiviti luar yang sederhana, secara tidak langsung telahpun menarik minat ramai daripada golongan remaja. Semakin lama, nama ESCOBAR mula bermain-main bukan sahaja dibibir penduduk block D14,bahkan juga ditempat lain.

Atas dasar kesan pengaruh terhadap ESCOBAR yang semakin tersebar luas, maka wujudlah laman web rasmi ESCOBAR itu sendiri. Ini bertujuan untuk ESCOBAR memperluaskan lagi empayar pengaruhnya di dunia internet.

Semakin lama , ESCOBAR semakin mendapat tempat dihati mereka yang mengenalinya.
Maka semakin membaralah semangat ESCOBAR dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang kebanyakkannya menjurus kearah ekspidisi dan perkhemahan. Selain daripada aktiviti ekspidisi dan perkhemahan, ESCOBAR juga menerapkan aktiviti-aktiviti lain seperti ziarah keluarga ahli, menyalurkan tenaga dalam kerja-kerja amal, berkelah dan banyak lagi.Dari aspek rohani, misi sebenar ESCOBAR ialah menerapkan semangat nilai kasih-sayang dan persahabatan di samping berusaha dari segi luaran untuk menempa kejayaan bersama.

Tidak lama kemudian ESCOBAR bertukar nama kepada EXCOBAR (Ekspidisi Cabaran Orang Baru). Pertukaran nama ini berlaku atas dasar aktiviti utama gerakkan ini sendiri adalah lebih ke arah ekpidisi dan eksplorasi.

Matlamat EXCOBAR yang seterusnya adalah untuk mendaftar EXCOBAR sebagai sebuah gerakkan atau persatuan yang berdaftar. Secara tidak langsung dengan matlamat yang baru ini ,akan lebih mempermudah dan memperlancarkan perjalanan EXCOBAR untuk merealitikan matlamat yang seterusnya hingga ke tahap antarabangsa. Dengan berbekalkan ayat “Minda tercabar , Semangat Berkobar!!!”…terkibarnya sebuah reality yang dahulunya hanya fantasi.



   

Selamat Tahun Baru 2010 EXCOBARIAN
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Allahuma soli a\`la Saidina Muhammad,Waala Alihi Saidina Muhammad.
Robbirfirli waliwali daiya warhamhuma kama robbaya ni soghiro..

Asalamualaikum Excobarian.

Apa kabar seme? Moga sihat la sentiasa hendaknya. Macam mana azam tahun 2009? tercapai ker? klu belum mcm biasa la teruskan saja pada tahun seterusnya.hehehe...

Moga 2010 yg bakal kita lal ....................
News by : Goatzilla  

Ramadhan kembali lagi..
Terlebih dahulu saya bagi pihak semua ahli2 excobar mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan semoga ibadah kita kali di terima Allah. Sempena bulan yang penuh keberkatan ini juga tidak salah rasanya untuk kita bermaaf-maafan sekiranya ada kesalahan dan kesilapan sesama kita selama ini. Jauh disudut hati saya mengharapkan agar bulan ramadhan ini juga menjadi titik tolak pendamaian sesama kita yg ....................
News by : wira_perkasa  

Selamat Hari Raya Aidiladha 2008
Aku mewakili Excobarian mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam, kawan-kawan juga pengunjung setia web kami www.excobar.com

Pada yang keluar bercuti pulang ke kampung atau kemana-mana saja dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati. Maklum la sekarang cuaca pun kurang elok. Jadi hati-hati yer seme.

Pada yg tolong2 potong lembu hati2 potong, kang terpotong tangan plak. S ....................
News by : Goatzilla  

 
Berita Terkini
*Selamat Tahun Baru 2010 EXCOBARIAN
*Ramadhan kembali lagi..
*Selamat Hari Raya Aidiladha 2008
*tamat tempoh tayangan..
*Gegar Raya 2008
*Selamat Hari Raya Aidilfitri
*Berbuka Puasa Di Restoran Nelayan Titiwangsa
*Majlis Berbuka Puasa 2008
*Colection utk "Tabung Memperbaiki Port Excobar"..
*Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1429H

 

 
 

Hakcipta Terpelihara ©2006. Perisian ini adalah hakmilik IQnine Enterprise